SMK JELAI FELDA


Sejarah Sekolah
Sek. Men. Keb. Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan D.K terletak kira-kira 52 km dari bandar Tampin dan 24 km dari Pekan kecil Gemas. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah gugusan Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4. Sebelumnya di gugusan Felda ini terdapat dua buah sekolah kebangsaan dan kini terdapat satu lagi sekolah kebangsaan di Jelai 3 yang ditubuhkan pada tahun 1994. Kesemua sekolah kebangsaan ini menampung jumlah pelajar yang terbanyak di seluruh Negeri Sembilan.
Justeru itu kerajaan mengambil langkah untuk mendirikan sebuah  sekolah menengah di sini bagi mengatasi masalah pengangkutan pelajar-pelajar untuk bersekolah di luar Felda Jelai. Dengan terbinanya   Sek. Men. Keb. Jelai (F) ini, masyarakat peneroka di Gugusan Felda ini dapat memberikan pendidikan menengah kepada anak-anak mereka. Di samping itu langkah membina sebuah sekolah menengah di gugusan Jelai ini turut mengurangkan perbelanjaan menghantar anak-anak bersekolah di luar Felda  Jelai ini.
Sek. Men. Keb. Jelai (F) Gemas ini dibina pada 20 April 1987 dengan nama Sek.  Men.  Rendah Jelai  (Felda),  Gemas,  Negeri Sembilan.  Nama  tersebut dipilih berdasarkan kedudukan sekolah ini di tengah-tengah gugusan Felda Jelai. Jenis sekolah ini adalah sekolah Menengah Rendah aliran atau bahasa pengantarnya ialah Bahasa Melayu. Gred sekolah ialah Gred D sementara kod sekolah ialah NEA 5056


MOTTO

Berilmu, Berdisplin, Beramal

COGAN KATA
Lonjakkan Kecemerlangan

VISI


Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI


Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


Pernyataan Misi

SMK Jelai (F) Gemas Negeri Sembilan akan memastikan misi berikut tercapai:

  • Pencapaian 98% dalam peperiksaan SPM

  • Cemerlang dalam pengurusan “oracle thinkquest” dan mengekalkan sekolah berwatak ict


  • Menjadi benchmark dalam pengurusan pentadbiran Pendidikan Khas di Negeri Sembilan

  • Cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, sekolah berwatak “olahraga” di peringkat daerah dan negeri.


  • Cemerlang dalam pengurusan unit beruniform terutama dalam bidang kawad kaki peringkat daerah dan negeri.

  • Menjadi sekolah contoh dalam hubungan dan pembangunan komuniti.


  • Mewujudkan suasana persekitaran kondusif yang merangsang minda pelajar menjadi aktif, kreatif dan inovatif.

  • Melahirkan pelajar yang berketerampilan, berakhlak mulia, hormat guru dan penjaga serta mematuhi peraturan sekolah.

Tekad 2011

Kami warga sekolah menengah kebangsaan jelai (F) Gemas Negeri Sembilan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


  • Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bersemangat tinggi
  • Menyedikan rangsangan untuk menambahkan semangat dan membina sikap positif serta mencapai kecermelangan.
  • Mengekal dan membina budaya cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang bersemangat moral tinggi, berakhlak mulia dan bertakwa.
  • Memupuk kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi dalam kalangan guru dan kakitangan sokongan.
  • Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan PIBG secara berterusan dalam urusan pendidikan sekolah.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, selesa dan indah.
  • Mewujudkan suasana sekolah yang selamat dari sebarang ancaman dan kemalangan dan tahap keyakinan yang tinggi dalam kalangan pelajar.